Log:
valutazioni - 0, GPA: 0 ( )

Istruzioni per l'uso Lenovo, Modello VIBE K5 Note Smartphone

Produttore : Lenovo
File Size : 238.33 kb
File Nome :
Lingua di insegnamento: id
Vai a scaricare



da questo dispositivo ha anche altre istruzioni :

Facilità d'uso


Peranti yang dicas mungkin menjadi panas semasa penggunaan biasa. Pastikan terdapat
pengalihan udara yang mencukupi di sekitar peranti yang dicas itu. Cabut palam peranti yang
sedang dicas jika berlaku sebarang perkara berikut:
Peranti yang sedang dicas telah terdedah kepada hujan, cecair atau kelembapan yang
berlebihan.
Peranti yang sedang dicas menunjukkan tanda - tanda kerosakan fizikal.
Anda mahu membersihkan peranti yang sedang dicas.
Lenovo tidak bertanggungjawab atas prestasi atau keselamatan produk yang tidak dikilangkan
atau diluluskan oleh Lenovo. Hanya gunakan penyesuai ac dan bateri yang diluluskan Lenovo.
PERHATIAN: Penyesuai hendaklah dipasang berdekatan dengan peralatan dan hendaklah
boleh didapatkan dengan mudah. Pengguna perlu menggunakan sambungan ke antara
muka USB dengan versi USB 2.0 atau lebih tinggi.
Gangguan
Berhati - hati semasa menggunakan Telefon Lenovo dalam kenderaan atau semasa menunggang
basikal. Utamakan keselamatan anda dan keselamatan orang lain pada setiap masa. Patuhi
undang- undang. Undang - undang dan peraturan setempat mungkin mengawal cara anda boleh
menggunakan peranti elektronik mudah alih, seperti Telefon Lenovo, semasa memandu
kenderaan atau menunggang basikal.
Bahaya tercekik
Simpan Telefon Lenovo dan aksesorinya jauh daripada kanak - kanak kecil. Telefon Lenovo
mempunyai komponen kecil yang boleh menyebabkan bahaya tercekik untuk kanak - kanak kecil.
Selain itu, skrin kacanya boleh pecah atau retak jika terjatuh atau dibaling pada permukaan
keras.
Udara mudah meletup
Jangan cas atau gunakan Telefon Lenovo di mana - mana kawasan yang mempunyai risiko
letupan, seperti di kawasan pengisian minyak atau di kawasan udara yang mengandungi bahan
kimia atau partikel (seperti bijirin, habuk atau serbuk logam). Patuhi semua papan tanda dan
arahan.
Gangguan frekuensi radio
Patuhi papan tanda dan notis yang menghalang atau menyekat penggunaan telefon mudah alih
(contohnya, di kemudahan penjagaan kesihatan atau kawasan letupan). Meskipun Telefon
Lenovo direka bentuk, diuji dan dikilangkan agar mematuhi peraturan yang mengawal pancaran
frekuensi radio, pancaran dari Telefon Lenovo boleh menjejaskan pengendalian peralatan
elektronik yang lain secara negatif dan menyebabkannya rosak. Matikan Telefon Lenovo atau
gunakan Mod Pesawat untuk mematikan pemancar wayarles Telefon Lenovo apabila
penggunaannya dilarang, seperti di dalam kapal terbang atau apabila diminta berbuat demikian
oleh pihak berkuasa.
Peranti perubatan
Telefon Lenovo mempunyai pemancar radio yang mengeluarkan medan elektromagnetik. Medan
elektromagnet ini boleh mengganggu perentak jantung atau peranti perubatan yang lain. Jika
anda memakai perentak jantung, kekalkan jarak pemisah sekurang - kurangnya 15 cm (6 inci) di
antara perentak jantung anda dan Telefon Lenovo. Jika anda mengesyaki Telefon Lenovo
mengganggu perentak jantung anda atau sebarang peranti perubatan yang lain, berhenti
menggunakan Telefon Lenovo dan rujuk pakar perubatan untuk mendapatkan maklumat khusus
tentang peranti perubatan anda.


...


Scrivi la tua opinione del dispositivo



Il messaggio
Il tuo nome :
Inserire le due cifre :
capcha





categorie